Aug 01

Nurfishah

Nurfishah

Nurfishah

Hari ini , 01 Ogos 2008 . Genap lagi seminggu aku akan melafazkan akad ku . Segala macam perasaan mula dah nak dirasa . Sekarang hari-hari dok terfikir siapa lagi yang belum dijemput . Persiapan alhamdulillah berjalan dengan lancar dan semua perkara masih dalam kawalan . Esok mula berpindah ke rumah di Jawi , bakal menjadi tempat tinggal buat kami .

 Semalam sempat bersama dia shoot di sekitar kawasan USM . Lalang putih yang tumbuh menarik perhatian aku untuk shoot di sana . Berbekalkan lense Nikkor 50mm , F1.4 , aku jelajah seluruh USM semalam bersama dia . Gambar diolah menggunakan Nikon Capture NX dan PS3 .

Web pun dah lama tak berupdate , maaf lah , agak sibuk sekarang meyiapkan persiapan hari bersejarah kami . Hari ini akan deliver 2 pengantin pada bulan Mei yang baru siap gambar mereka and tinggal lagi satu untuk bulan Mei . Lepas ni wedding pada bulan Jun pula menanti then Julai then Ogos dan seterusnya . Dok terfikir , camna la kami nak pi honeymooon . Kalo pegi pon rasanya macam kena bawa laptop je kemana-mana .

Hari ni tak sihat , sakit perut yang amat . Nak cari Pil Chi Kit Tek Aun . Babai ….

 Hafiz
Pesona Senifoto

* Terima Kasih buat Mr *D for the lovely Nikkor 50mm, 1.4 and Original Nikon Capture NX sofware . :-)

Jul 23

My Wedding BAnner

Assalamualaikum / Salam Sejahtera ..

Tiba masanya saya umumkan . Setelah hampir setahun mengikat tali pertunangan , kini tiba masanya untuk kami disatukan sebagai suami isteri

Sukacitanya saya menjemput semua yang mengenali kami untuk menghadiri majlis perkahwinan saya dengan pasangan saya Nurfishah @ Nur @ pesona_lady pada bulan hadapan .

Maklumat lanjut majlis adalah seperti berikut :

Majlis Pihak Lelaki :
Tarikh : 17 Ogos 2008
Alamat : 36 , Jalan Hj ahmad Jamil 1
Taman Hj Ahmad Jamil
13300 Tsk Gelugor
Penang
Pelan : KLIK SINI

Majlis Pihak Perempuan :
Tarikh : 23 Ogos 2008
Alamat : Dewan Serbagunan
Perumahan Pegawai Polis Sungai Dua
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang
Pelan : KLIK SINI

Saya juga akan melafazkan akad saya pada 08 Ogos 2008 , selepas solat Asar bertempat di Masjid Bayan Baru , Penang .

Semoga kehadiran anda semua akan menyerikan lagi majlis ini . InsyaAllah …..

* Sila Klik Pada gambar untuk imej yang lebih jelas …..

Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu … !! :lol:

Hafiz Pesona Senifoto
http://www.pesonasenifoto.com

Jul 18

Flamingo in SMILE ?

” Senyum itu sedekah ” . Selalu kita dengan benda ayat ni . Tapi selalu ke kita bersedekah ? Senyum juga bawak banyak makna . Seringkali ia membawa kebaikan , ada juga yang memberi kesan negatif . Tidak kira apa pun tujuan anda tersenyum , yakinlah bahawa semua orang inginkan anda tersenyum . Kenkadang kita terlupa tujuan kita tersenyum .

Adakala kita tersenyum dek kerana kegembiraan yang kita kecapi . Namun sedar atau tidak kita juga kita ada kalanya tersenyum dek semata-mata kegagalan seseorang . Senyum tiada lagi punca batasnya , bukan sekadar gembira yang boleh mencorakkan senyuman di bibir , tapi lagak mereka-mereka di sekeliling kita juga sikit sebanyak mencorakkan senyuman kita . Keghairahan , kesombongan dan perasan yang lahir di sekeliling bila dikenang pastinya mengukir senyuman buat mereka .

Gelagat-gelagat mereka yang menjadi pemimpin di atas kita juga sesekala mencuit perasan  . Lahirnya senyuman dek kata-kata mereka yang mungkin difikirkan benar dalam kehidupan kita atau juga kata-kata mereka yang memperlihatkan kepincangan mereka sendiri .

Hari ini saya tersenyum , tersenyum memikirkan terlalu banyak perkara yang perlu saya fikirkan dalam sebulan dua ini . Terlalu banyak juga kerja yang saya perlu selesaikan di dalam bulan ini . Semua nie kenkadang membuatkan saya pula yang terlalu letih .

Pelbagai ragam manusia tersenyum , dan yang pastinya senyum sekarang membawa pelbagai maksud di hati kita . yang pentingnya senyumlah kita selagi kita mampu tersenyum .

Bangau di atas pon seakan-akan tersenyum , kenapa dia tersenyum ye ? Hahahahahaah

 Hafiz
www.pesonasenifoto.com

Jul 09

Iemah - Ban Pecah

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping

 OUTDOOR -  Merupakan satu sesi foto yang amat saya minati ketika wedding . Selalunya time outdoor nie adalah time yang agak free untuk saya mengarahkan pengantin berbanding ketika perjalanan majlis . Sememangnya saya akan cuba meminimumkan sebanyak mungkin mengganggu pengantin ketika sesi resepsi berjalan . 

Post kali ni sengaja saya sertakan dengan gambar sesi outdoor di 3 majlis yang berlainan . Namun 2 daripadanya adalah telah dilakukakn di Taman Tasik Taiping , Perak. Tempat yang saya rasakan paling best untuk buat outdoor setakat ini . Sehingga ini saya telah beberapa kali melakukan outdoor session di sini namun ada juga beberapa cabaran kalo nak shoot di sini .

 Pertamanya cuaca yang amat tidak menentu di Taiping . Taiping merupakan tempat yang menerima hujan paling banyak setiap tahun . Jadi kalau berpeluang mengadap mentari di waktu petang merupakan peluang yang amat baik bagi anda . 

Kenkadang terdapat ramai orang lalu lalang kat sana di waktu petang boleh juga membuatkan pengantin anda tidak selesa . Sometime ada ssetengah part tu kena amik berkali-kali untuk sempurna .

Banyak lagik kawasan-kawasan menarik yang ingin saya round sekitar taman tasik nie , cuma masa aja yang tidak mengizinkan . Plan nak shoot di Zoo Taiping pon masih tergendala hingga hari ni .

Sapa ada 400mm ? kasi pinjam bleh ? hehehehehe

Hafiz

www.pesonasenifoto.com 

Jul 07

Front Cover

Back Cover

Custom Series

Salam Ceria - Pagi nie datang kerja dengan semangat yang macam hari-hari biasa . Pergi order air minum di kafe terjumpa dengan ayah kepada Farah Alwani . Sengaja nak di jadikan cerita memenag harini kebetulan nak update tentang diorang nie .

Album Farah Alwani dah selamat deliver kepada dia sendiri last week . Farah yang memang exited nak tengok album beliau terus datang ke rumah petang tu jugak selepas kami maklumkan kami baru meyiapkan 100% albumnya . Gambar di atas merupakan beberapa page preview dari album beliau . dan 2 cover di atas merupakan cover depan dan belakang bagi album mereka .

Farah juga dikejutkan dengan satu poster 30 x 20 inch gambar beliau bersama Kamal . Seperti yang di jangka , gambar tu jugak tak terlepas daripada menjadi koleksinya . So  now dah berupdate gambar dari majlis Kamal & Farah Alawani . Kepada sesiapa yang pernah request haritu , enjoy !

Shoot By : Nur (Main) + Hafiz
Design By : Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Jul 03

Iemah

Mazni

 

Hari ni rasa nak cakap sikit je kot .

 

” Tahu cakap tahu . tak tahu cakap je tak tahu . Jangan berlagak ‘DEWA’ tapi apa pun lu tak tahu . Kalo lu tak tahu sesama kita boleh belajar pasal aku pon nak tahu . Kalo lu tak tahu tapi lu berlagak macam lebih dari orang yang tahu , lu memang tak tahu malu ! “

 

Siapa ? siapa makan cili dia la rasa pedasnya . Kami di Pesona makan bendi je , so takde la rasa pon. Hahahaha …..

 

Gambar di atas merupakan gambar pasangan pengantin adik beradik yang sama-sama bekerja sebagai guru dan sama-sama mendirikan rumahtangga . Uniknya mereka berdua , perwatakan yang amat jauh berbeza antara dua . Kisah mereka masih dalam pembikinan . Yang pasti scene yang paling popular untuk Outdoor di Kuala Kurau ni ….. BAN PECAH !

 

Shoot By : Hafiz & Nur

Design : Hafiz

 

www.pesonasenifoto.com

 

In The Making …..

 

My Dock

 

Jun 30

Apai & Rose

Apai & Rose

Apai & Rose

 SENGET - Kenapa senget ? coz kali ni saya nak tunjuk beberapa keping gambar yang sengaja di ’senget’ kan . Memang kadang-kadang kita seringkali dengar orang berkata tentang horizontal line . Bila horizontal line senget macam-macam orang komen . Tapi entah kenapa kenkadang diri saya nak juga sengatkan beberapa keping pic supaya nampak lebih menarik ( pada diri saya la ) . Tapi jangan pula kalo snap 500 image , semua 500 image anda sengetkan . Mahu pening or sengat kepala costumer anda nanti . Hahahah ..

 Pengantin kali ni adalah saudara atau lebih dikenali sebagai ‘kulaan’ di beberapa daerah di Perak . Pengantin ini adalah saudara kepada rakan fotografi saya , Saupix Ahmad . Itu pun tahu semasa saya tengah shooting pengantin nie dan dia ada di sana . Sayangnya dia tak bawa kamera bersama , kalo idak boleh sama-sama shooting , takda la saya shoot sorang-sorang .

So .. lain kali bawa lah kamera anda selalu . Hahahahahha

Shoot & Design By : Hafiz

www.pesonasenifoto.com

I am MAC